Thursday, November 1, 2018



BUAH LETUP atau CIPLUKAN (Physalis angulata) adalah tumbuhan daripada keluarga Solanaceae iaitu sama dengan pokok terung dan tomato. Nama Ciplukan sebenarnya dalam bahasa Jawa yang saya tahu semenjak kecil dahulu dan buah ini sama dipanggil ''Ciplukan'' di Indonesia juga.

Bagi penulis blog dahulu sering jumpa pokok letup ini dikawasan belukar dengan banyak terutama selapas kebun getah ditebang dan dibakar. Ia tumbuh meliar sama ada sepokok atau dalam kumpulan dan berbunga serta berbuah. Buah ini mungkin sangat asing di kalangan masyarakat di Malaysia terutama generasi 2Y yang tinggal dibandar-bandar. Penulis blog sendiri sudah beberapa kali menemui tumbuhan ini dan juga kadang kala terkeliru dengan sebutan bagi pokok buah letup-letup (Passiflora foetida) 

BUAH LETUP-LETUP (Passiflora foetida) adalah sejenis tumbuhan nadir dari keluarga Passiflorceae yang tumbuh di negara kita Malaysia secara liar dikawasan kebun dan belukar. Tumbuhan ini diberi nama ‘Letup-letup’ mungkin kerana buahnya yang berbunyai ‘pop’ apabila di himpit dengan kedua belah tapak tangan (atau di tepuk) atau juga mungkin apabila buah cukup matang buahnya meletup untuk mengeluarkan bijinya. Nama lain bagi tumbuhan ini dalam bahasa Inggeris ialah Wild Water Lemon, Stinking Passion Flower, Wild passion fruit, Love-in-a-mist (English), Buah Tikus (Malaysia), Timun Padang (Indonesia) dan Kha Tok Rok (Thailand). 

Perbezaan nyata adalah pokok letup tumbuh mnegak sedangan pokok letup-letup tumbuh menjadar. Buah letup dalam sarung berbentuk kuncup sedangkan buah letup-letup didalam struktur berjaring walau pun warna buahnya apabila masak mungkin serupa. Kedua jenis buah ini disebabkan buahnya yang boleh meletup apabila dipicit, sama seperti pokok letup-letup.Di Indonesia pula pokok ciplukan yang banyak tumbuh liar ini sebenarnya sudah mula diberi tumpuan kerana diketahui mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Banyak kajian yang telah dijalankan di Fakulti Teknologi Pertanian di Indonesia sehingga terhasil beberapa produk dari tumbuhan ini untuk pasaran tetapi belum ad di negara kita. Artikel subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai buah letup untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Buah letup atau physalis merupakan secara marfolologinya sebagai sejenis tumbuhan berbunga iaitu dalam genus dalam famili nightshade (Solanaceae). Genus ini dikenali dengan ciri buah berwarna hijau  semasa muda dan memudian menjadi jingga apabila masak (Sila lihat foto disebelah). Buahnya bersaiz kecil sama seperti buah tomato mini dimana buahnya terlindung atau separa terlindung dalam kulit nipis seakan kertas lembut yang berasal daripada kaliks. Diseluruh dunia ada banyak spesies Physalis yang juga ia dipanggil groundcherry


SELAMAT MENIMBA ILMU
DIN : 01455578414
(TEH LETUP - LETUP SELASIH EMAS)

No comments:

Post a Comment

teh letup - letup

BUAH LETUP  atau CIPLUKAN ( Physalis angulata) adalah tumbuhan daripada keluarga Solanaceae iaitu sama dengan pokok terung dan tomato...